Sunday 11 December 2011

PENJODOH BILANGAN













Sedikit Tentang Simpulan Bahasa









lanjutannya layari link ini..

http://www.slideshare.net/mohamednaim/peribahasa-untuk-sekolah-rendah-1

BAGAIMANAKAH KEADAAN KELAS KITA?


ANEKA PERMAINAN BAHASA

LINK YANG BOLEH DILAYARI.

Dalam link ini terdapat banyak contoh permainan bahasa yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti peneguhan selepas sesi p&p di dalam kelas...  


Nanti tidaklah kita tercari-cari sekiranya kekurangan idea


http://saujana.sg

Apa itu kata nama?

bKata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Sedikit sebanyak tentang tatabahasa mengikut KSSR.

SEKOLAH RENDAH  TAHUN SATU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KONSEP 
ASPEK TATABAHASA


 Aspek tatabahasa  merujuk kepada keupayaan murid  menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat.  


 Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. 


 Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.



OBJEKTIF ASPEK TATABAHASA


Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: 
i. memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama  diri pertama dan kedua serta kata kerja  dengan betul;
ii. memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan  kata hubung  dengan betul;
iii. memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul;  KEMENTERIAN 
vi.  menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul; dan
v. memahami dan membina ayat dasar dengan pola 
FN + FN , dan FN + FK dengan betul.


PRINSIP ASPEK TATABAHASA
i. menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan.


ii. memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.


iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafalkan rumus atau hukum bahasa. 


iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.


v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.


vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik 
dan berkesan.


vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara
berkesan.


viii.  Mengenal pasti struktur isi dengan jelas.  Guru perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak 
disampaikan.


viiii.  Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.


x.  Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.


xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan kefahaman.


untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.spa.jpnns.gov.my/kssr/bm/tatabahasa/PEMBENTANGAN_TATABAHASA-UTAMA.pdf

Monday 14 November 2011

baru belajar dan mencuba...

Sebelum bermula terasa sangat susah dan malas..... Alhamdulillah berkat belajar beramai-ramai maka bermulalah penerokaan saya dalam arena blog ini... Moga segala perkongsian menjadi satu perkara yang sangat baik untuk semua..Sama-samalah kita berkongsi...