Sunday 11 December 2011

Sedikit sebanyak tentang tatabahasa mengikut KSSR.

SEKOLAH RENDAH  TAHUN SATU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KONSEP 
ASPEK TATABAHASA


 Aspek tatabahasa  merujuk kepada keupayaan murid  menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat.  


 Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. 


 Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.



OBJEKTIF ASPEK TATABAHASA


Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: 
i. memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama  diri pertama dan kedua serta kata kerja  dengan betul;
ii. memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan  kata hubung  dengan betul;
iii. memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul;  KEMENTERIAN 
vi.  menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul; dan
v. memahami dan membina ayat dasar dengan pola 
FN + FN , dan FN + FK dengan betul.


PRINSIP ASPEK TATABAHASA
i. menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan.


ii. memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.


iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafalkan rumus atau hukum bahasa. 


iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.


v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.


vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik 
dan berkesan.


vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara
berkesan.


viii.  Mengenal pasti struktur isi dengan jelas.  Guru perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak 
disampaikan.


viiii.  Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.


x.  Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.


xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan kefahaman.


untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.spa.jpnns.gov.my/kssr/bm/tatabahasa/PEMBENTANGAN_TATABAHASA-UTAMA.pdf

No comments:

Post a Comment